Thursday, August 22, 2013

Hembus

Berhabuk? Oh tidak.
Mati? Belum lagi.
Cubaan mencari inspirasi di lapangan lain.

Tapi akan aku cuba hidupkan semula.
Tiup sedikit nafas nyawa.
Untuk jiwa yang sudah berjalan jauh.

Tuesday, May 8, 2012

Cantik

Si gadis termenung dalam kepanasan dinihari.
Berteduh di bawah stesen emas cair berjenama Shell, namun masih terasa panas.
Panas, sungguh panas.
Dalam kepanasan tersebut, si gadis gagahkan diri untuk mengeluarkan kertas bernilai emas
dari mesin transaksi.

Si gadis dalam lamunan memikirkan hal dunia, datang seorang tua.
Orang tua lelaki yang berpangkat atuk datang dengan muka keletihan.
Longlainya orang tua datang meraih ihsan si gadis agar membeli keropok yang dijinjingnya dalam beg plastik.
Si gadis kaku. Sehelai kertas yang baru diperoleh dari mesin transaksi, nilainya jauh lebih besar dari nilai sebungkus keropok yang dijual orang tua.
Dikhuatiri si gadis jika orang tua tidak mempunyai baki pulangan terhadap nilai duitnya.

Si gadis menolak tawaran jualan dari orang tua.
Maka sedihlah orang tua. Orang tua berlalu berteduh di tempat yang berjauhan.
Mengenangkan rezekinya yang belum tiba untuk hari tersebut barangkali.
Sayu hati si gadis melihatkan perlakuan orang tua. Kasihan, amat kasihan.

Si gadis pergi ke kedai yang berhampiran,  bertanyakan perihal orang tua tersebut.
Jawab si pekerja kedai, orang tua itu selalu berlegaran di kawasan itu. Mengharapkan ihsan dari
manusia yang lalu lalang untuk membeli walau sebungkus keropok yang dijinjingnya.

Si gadis membeli sebotol air. Air masak. Untuk diberi kepada orang tua.
Dikhuatiri jika dibeli air manis, tidak diminum orang tua tersebut.
Maklumlah, orang tua.
Segera si gadis mendapatkan orang tua yang masih tidak berganjak dari tempat teduhannya.
Botol air bertukar tangan.
Orang tua mengukir senyuman  bak sang suami mendapat lesen pasang dua.
Bahagia sebentar dirasai orang tua.

Si gadis rasa senang hati melihat reaksi orang tua.
Maka berlalu lah si gadis ke motokarnya.
Ada urusan yang masih belum diselesaikan.
Sebelum beredar bersama motokar, si gadis sempat mengintai gelagat orang tua.
Orang tua masih tersenyum. Senyum gembira.

Gembira kerana dunia masih lagi cantik. Terima kasih si gadis.
 

Monday, April 16, 2012

Taman

Lelaki.
Kau hamburkan kata kata maki.
Kau caci.
Hati disangkakan besi.
Untuk insan yang dipanggil lelaki.

Sangkar hati dibiar terbuka.
Tak terjaga.
Sumbatkan dengan kata kata hina.
Kata kata ceria.
Masih ternanti nanti bila.

'Muka ganas, dalam hati ada taman bro' itu yang didengar.
Ya betul, memang benar.

Kerana apa yang perlu kau diingatkan.
Walaupun azali lelaki kuat bertahan.
Namun, dia manusia, dia punya perasaan.

Monday, December 12, 2011

Senario

Sekumpulan banduan diberi pelepasan.
Diberi sebiji rumah di kawasan perumahan.
Untuk memadam segala kesalahan.
Mulakan hidup baru tanda penyesalan.

Kau orang mulia.
Terdengar sebegini berita.
Kau melatah tak terkata.
Takkan biarkan perkara ini berlaku sahaja.

Kau berkata,
"Mereka penjenayah ! Mereka akan datangkan ancaman kepada kita
dan seluruh penduduk ! Mereka perlu dihalau"

Kau laungkan amarah.
Kau nyalakan merah.
Kau cipta fantasi padah.
Sambil meludah ludah.

Ketika para banduan berjalan dengan penuh harapan.
Menuju rumah yang menjanjikan masa depan.
Kau segera berdepan.
Kau takkan biarkan selagi badan kau tak dibalut kapan.

Rumah banduan dipecah.
Kau pecah pecahkan.
Kau bakar, bakar, bakar rumah mereka.

Kau tersenyum dengan apa yang kau lakukan.
Banduan berlari bertempiaran.
Kau dapat kepuasan.
Masa depan mereka sudah dikapankan.

Satu soalan yang aku hendak utara,
Apa beza kau dengan mereka?

Tuesday, October 4, 2011

Hujan

Satu dua tiga.
Cuba untuk kira kira.
Air hujan yang turun tidak bermata.
Agak mustahil tapi perlu dicuba.

Sudah dengan kira kira.
Tak perlu buat kerja gila.
Mari menggamit kenangan lama.
Cipta apa itu gelak dan tawa.

Hujan turun deras.

Tap tap tap menghentam bumbung.
Aku layankan termenung.
Rokok dihisap menjadi puntung.
Ah sudah, ini jadi penghujung.

Friday, September 30, 2011

Manis

Aku punya kata kata.
Namun, hanya kata kata biasa.
Cukup kata kataku sekadar ada rasa.
Ya, kata kataku biasa.

Wahai kekasih.
Aku tidak punya kata kata manis.
Manis seperti gula dibancuh sang romeo.
Kata kataku sekadar ada rasa.

Aku buat sayang aku.
Aku tak pandai berkata sayang aku.
Kata kata manis aku mungkin kaku.
Tapi cukup untuk buat hati kau dipaku.

Wahai kekasih, Farah Wahida.
Di sini aku berbicara.
Benar kata kataku hanya biasa.
Tapi cinta sayangku luar biasa.

Tuan Hakim

"Kau salah!"
"Kau punca segalanya!"
"Kau jahat!"

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa? Siapa yang bersalah?
Dia. Dia yang bersalah.
Benarkah dia bersalah?
Ya, memang dia bersalah.
Bagaimana dia bersalah?
Semua orang katakan dia bersalah.

Jari dituding liar.
Mulut terkumat kamit berbisik.
Berbicara umpama malaikat mulia.
Menghukum mudah tanpa sebarang risik.

Dia bersalah kerana semua katakan begitu.
Tanpa mempertimbangkan segala isu.
Mudahnya kau kata begitu.
Tanpa teliti senario walaupun satu.

Itulah orang kita.
Hebat menghukum mencaci segala.
Walaupun sebenarnya dia tak bersalah.
Cerita sebenar dicampak ke hutan lara.

Ramai tuan hakim di kalangan kita.
Yang mengadilinya dengan sangat teliti.
Itu lah kata kata mereka.
Namun, mereka bukan hakim pengadilan tapi hanyalah kroni.

Wednesday, September 7, 2011

Sembilan Belas

Penyejuk mata
Pengubat lara
Punca tawa
Peniup duka

Selembut bibir bicara
Selemah hati berkasih
Oh Farah Wahida

Seorang permaisuri di rimaba hati
Punca kepada duka di hati mati
Itulah kekasih hati
Menjadi neon hati sampai mati

Selamat hari jadi yang ke 19 sayang
Moga bertambah rezeki dan bertambah girang
Moga terkota segala yang kita cadang