Sunday, February 13, 2011

Manusia dan Haiwan



; Di kalangan binatang tiada manusia tapi di kalangan manusia banyak 'binatang' .


Ini petikan dari status laman Facebook milik Azza Mazlan,di mana kami mempunyai sedikit diskusi di sini.
Jika dilihatkan kepada kebanyakkan situasi masa kini,memang tidak dinafikan di kalangan manusia banyak 'binatang'.


Diingatkan,ini bukan berkata tentang fizikal tapi tentang persamaan sifat.
Sifat yang kadang kadang meletakkan haiwan lebih tinggi tarafnya dari manusia.


Beberapa hari lepas,aku menonton satu teater yang dibawa oleh krew Tronoh Theatre Shop yang bertajuk Mahkamah Lorong.



Teater ini menggunakan metafora haiwan.Bayangan haiwan di dalam diri manusia itu sendiri.
Teater ini seolah olah mengetuk kepala aku menyedarkan tentang begitu banyak persamaan yang dibentuk oleh manusia itu sendiri.
Mahkamah Lorong membawa begitu banyak mesej yang padat,menarik dan humour.
Namun satu benda yang aku sedar adalah,dalam gelak gelak aku menonton teater tersebut,kadang kadang ia ada menunjukkan 
diri aku dan lain lain juga.
Maksudnya,dalam masa yang sama kami juga gelakkan diri kami sendiri.Ironi.
Seolah olah gelak di hadapan cermin.Sungguh halus sinis yang disampaikan.


Kita sebagai manusia,perlu meletakkan taraf kita jauh lebih tinggi dari haiwan.
Kerana kita adalah manusia,bukannya binatang.

Terima Kasih

Tanggal 13 Februari yang lepas,genaplah umur aku yang ke-19.

Pelbagai ucapan selamat dari kawan kawan.
Nyanyian ulangtahun kelahiran dari yang tersayang.
Hadiah 'busuk' dari teman teman rapat.

Semuanya sebagai peringatan kepada peningkatan umur aku.
Terima kasih.
Terima kasih semua.