Sunday, September 12, 2010

Kutu Petang.

Seperti kebanyakan orang lain.Aku dan keluarga turut pulang ke
kampung halaman untuk meraikan Hari Raya.

Aku tidak mahu bercerita tentang pengalaman raya aku sebab masing masing
ada cerita sendiri dan begitu juga aku.Kalau diceritakan mungkin sama sahaja.

Tadi aku melepak bersama sepupu aku untuk mengambil angin petang di kampung.
Sedutan angin yang dirasa agak berbeza dengan angin yang aku sedut di bandar Kuala Lumpur.

Seperti biasa kalau melepak,ditambah pula dengan penyertaan oleh beberapa remaja yang menjadi
penduduk kampung,aktiviti menyedut hembus asap tembakau dijalankan.
Dan aku masih setia bersama Winston Light.

Duduk berborak ketawa menyindir senyum lebar.
Sambil menggunakan Bahasa Melayu dialek Negeri Sembilan.
Masa dirasakan singkat dan setelah tersedar,jarum jam menunjukkan laungan kebesaran Tuhan
bakal dilaungkan.
Sepupu aku yang merupakan penduduk tetap kampung aku serta rakan rakannya tiba tiba kelam kabut.
Aku hairan.Kenapakah?
Rupanya mereka tersedar mereka perlu pulang ke rumah sebelum azan dilaungkan bilal.
Dan mereka saling berpesan agar tidak menunggang motor dengan laju pada waktu maghrib.

Aku sedikit kaget.Situasi yang menjentik batang hidung aku sendiri.
Sebelum ini,kalau di tempat aku,aku dan rakan rakan seakan akan tidak endah
akan masa langit suram itu.Langsung tidak pedulikan.
Aku rasa sedikit terhentak.
Terhentak oleh budaya yang ditunjukkan oleh mereka yang digelar 'budak kampung'.
Budak kampung yang sebelum ini digembar gemburkan jahat nakal kolot dan kurang ajar.
Ya mungkin ada benarnya bagi sesetengah mereka tapi rasanya budak kampung ini lah yang sedar tentang rasa hormat akan
laungan kebesaran berbanding mereka yang dakwa mereka bukan 'budak kampung' yang kolot.

Aku terhentak.Aku tersentap.
Diajar oleh budaya orang yang dikatakan kolot oleh orang yang mendakwa mereka
tidak kolot dan jauh bertamadun.
Senyum penyedap hati diukir.

Thursday, September 9, 2010

Ucapan

Selamat Hari Raya Aidilfitri.       

Monday, September 6, 2010

Pesanan Mama.

Kau kejar sana.
Kau kejar sini.
Tapi entah apa.
Yang kau ingini.

Kau kejar mewah.
Kau cipta padah.
Tapi kau lupa tentang muhibah.
Kau lupa tentang maruah.

Itu semua takkan ke mana.
Itu hanya daki dunia.
Bukan harta dibawa bersama.
Amalan sahaja yang dibicara.

Kau mungkin rasa kau hebat.
Kau rasa kau kuat.
Kau sangka kau liat.
Tapi itu hanya dibuat buat.

Ingat lah.
Kalau ada,memang adalah.
Kalau tiada,jangan sesal.Memang tiada lah.
Bersyukur sahaja lah.

Ingat itu anak anakku.

-Dipetik dari mama : Suzana Binti Ahmad