Thursday, December 16, 2010

Maaf.

Lumrah manusia biasa.
Lemah.
Ada emosi dan perasaan.

Namun,sudah lumrah manusia.
Seteguh mana pun,pasti akan tewas.
Dengan diri sendiri.
Sedangkan Harut dan Marut pun tewas.
Apatah lagi manusia yang lemah ini.

Jiwa aku yang kacau ini sedikit sebanyak bikin kacau.
Mungkin ada menyebabkan masalah kepada yang lain lain.
Atau lebih tepatnya,sudah membuat masalah.

Namun,apa yang mampu aku ucapkan.
Kepada yang tersayang,
Kepada rakan rakan,
Kepada yang mengenali,
Aku pinta kemaafan.
Aku cuma manusia,
Yang selalu tewas dengan diri sendiri.
Maaf.

Wednesday, December 8, 2010

Kata Kata

 
 
The function of the law is not to provide justic
or to preserve freedom. 
The function of the law is to keep 
those who hold power,
in power.

-Gerry Spence

Kebebasan


Baru baru ini di kampus aku seakan ada satu ayat yang semakin menjadi popular iaitu
"it's my liberty to....." atau dalam bahasa Melayu nya,
"itu kebebasan aku untuk....."
Aku mengerti dengan persekitaran aku di mana aku dikelilingi oleh pelajar pelajar asasi undang undang yang aku nampak lantang bersuara tentang kebenaran dan hak masing masing.

Tapi ada beberapa kejadian di mana bila aku menegur tentang sesuatu yang tidak kena,aku dibalas dengan ayat yang menjengkelkan, iaitu "it's my liberty to..."

Aku faham setiap individu mempunyai kebebasan masing masing,tapi rasanya ia patut disesuaikan dengan kondisi komuniti atau orang sekeliling.

Jadi,apabila anda atau anda melakukan sesuatu perkara,jika ia tidak memberi kesan atau menjengkelkan mana mana pihak dan dalam masa yang sama ia menjadi kebebasan individu,ia langsung tidak memberikan sebarang masalah.

Di sini,aku hanya ingin memberikan luahan aku tentang sesuatu yang seakan trend di kalangan rakan rakan kursus aku ini.Sila gunakan kepandaian anda sebelum menggunakan ayat tersebut.Jangan buat orang sekeliling rasa seperti hendak ludah bila dengar ayat tersebut.

"it's my liberty to..." - gunakan kebebasan tersebut sambil disesuaikan dengan keselesaan orang sekeliling.Jangan jadi bodoh tidak bertempat.

"Boleh jangan nyanyi tak? Suara kau buat aku sakit kepala"
"It's my liberty to sing a song"
Nah jari tengah diangkat untuk kau punya liberty !

Sunday, December 5, 2010

Bukalah !


Bangsaku
Bukalah mindamu
Keluar dari kepompong lapukmu
Cari lah yang baru untuk bertemu

Jangan tersangkut dengan budaya kuno
Nanti ibarat pelacur yang terperangkap di lorong kotor
Bukalah mindamu
Bangunlah bangsaku !

Cermin


Norma manusia
Tidak pernah puas apa yang ada
Menang sahaja bukan apa yang dipinta
Mungkin puas dengan hancur binasa

Aku manusia
Begitu juga dengan kau
Manusia
Masing masing mempunyai kuasa ego
Ego kau dan aku sungguh teguh
Jangan pernah tanya jangan pernah tegur

Persepsi mudah ditangkap ekspres
Namun masih tidak menemui klimaks

Entah apa yang kau dan aku mahukan?

"Tidak boleh ke kau dan aku lupakan ini dan mulakan yang baru?"
"Kita mulakan yang baru"
"Kita lupakan lama yang sungguh haru biru"
Tapi manusia hanya ada jawapan yang satu
"Tidak mahu"
Ego kalah pasti malu

Entah apa yang kau dan aku mahukan?

Cari cermin.
Pandang dalam dalam.
Maki hamun marah sumpah seranah
Apa sahaja
Lakukan sahaja

Kerana,
Apa yang kau marahkan
Bencikan
Pada aku dan mereka
Ada dalam cermin itu

Kita sama
Mangsa yang sama
Tewas kepada
Ego,si Raja.

Wednesday, December 1, 2010

 
Aku tidak kacak.
Aku tidak kaya.
Aku tidak bergaya.
Aku tidak sasa.

Aku tidak sempurna.

Tapi,

Kau selalu buat aku tersenyum.
Senyuman yang membuat muka aku lebih kacak dari sebelumnya.
Kau selalu buat aku tergelak.
Aku gelak besar seperti orang kaya.
Kau selalu berjalan di sebelah aku.
Aku terasa bergaya.
Kau selalu pegang tangan aku.
Terasa aku sasa seperti hero.

Kau buat aku rasa seperti sempurna.


Terima kasih untuk itu,Farah Wahida Binti Ismail.
Terima kasih.

Dan maaf,aku juga tidak pandai berkata kata.

Sana dan Sini

Pengajian aku bermula kembali.
Memulakan semester baru dengan azam baru.
Untuk menempa "pointer" yang lebih baik.

Selepas dua minggu di sini,aku sudah mempunyai
tugasan yang melambak.
Namun,senyuman diukir kerana hanya itu yang termampu.

Tiba tiba hati rasa seperti hendak cuti dan pulang ke rumah.
Aku ketuk kepala cuba sedar.
Norma manusia,tidak pernah puas.
Ketika cuti tidak sabar hendak belajar.
Bila sudah kembali landasan,terasa hendak cuti.

Aku pergi depan cermin memaki.
Tanda marah.