Norma manusia
Tidak pernah puas apa yang ada
Menang sahaja bukan apa yang dipinta
Mungkin puas dengan hancur binasa
Aku manusia
Begitu juga dengan kau
Manusia
Masing masing mempunyai kuasa ego
Ego kau dan aku sungguh teguh
Jangan pernah tanya jangan pernah tegur
Persepsi mudah ditangkap ekspres
Namun masih tidak menemui klimaks
Entah apa yang kau dan aku mahukan?
"Tidak boleh ke kau dan aku lupakan ini dan mulakan yang baru?"
"Kita mulakan yang baru"
"Kita lupakan lama yang sungguh haru biru"
Tapi manusia hanya ada jawapan yang satu
"Tidak mahu"
Ego kalah pasti malu
Entah apa yang kau dan aku mahukan?
Cari cermin.
Pandang dalam dalam.
Maki hamun marah sumpah seranah
Apa sahaja
Lakukan sahaja
Kerana,
Apa yang kau marahkan
Bencikan
Pada aku dan mereka
Ada dalam cermin itu
Kita sama
Mangsa yang sama
Tewas kepada
Ego,si Raja.
No comments:
Post a Comment