Monday, December 12, 2011

Senario

Sekumpulan banduan diberi pelepasan.
Diberi sebiji rumah di kawasan perumahan.
Untuk memadam segala kesalahan.
Mulakan hidup baru tanda penyesalan.

Kau orang mulia.
Terdengar sebegini berita.
Kau melatah tak terkata.
Takkan biarkan perkara ini berlaku sahaja.

Kau berkata,
"Mereka penjenayah ! Mereka akan datangkan ancaman kepada kita
dan seluruh penduduk ! Mereka perlu dihalau"

Kau laungkan amarah.
Kau nyalakan merah.
Kau cipta fantasi padah.
Sambil meludah ludah.

Ketika para banduan berjalan dengan penuh harapan.
Menuju rumah yang menjanjikan masa depan.
Kau segera berdepan.
Kau takkan biarkan selagi badan kau tak dibalut kapan.

Rumah banduan dipecah.
Kau pecah pecahkan.
Kau bakar, bakar, bakar rumah mereka.

Kau tersenyum dengan apa yang kau lakukan.
Banduan berlari bertempiaran.
Kau dapat kepuasan.
Masa depan mereka sudah dikapankan.

Satu soalan yang aku hendak utara,
Apa beza kau dengan mereka?