Sunday, January 23, 2011

Permainan.


Aku merupakan seorang bekas pelajar sekolah berasrama dan kini 
menuntut di universiti.Namun,situasi di sekolah asrama DULU masih tiada
bezanya dengan situasi di universiti KINI.

Polisi polisi yang dibuat oleh pihak atasan atau mungkin oleh pihak yang 
berkuasa di sini,kebanyakannya kelihatan langsung tiada rasionalnya.
Aku faham dan mengerti ianya untuk 'kepentingan' pelajar pelajar namun polisi 
yang digubal perlu selari dengan situasi,
iaitu,"ANDA SEKARANG BERADA DI UNIVERSITI".

Dan apa yang aku nampak dan perhati ialah situasi dan keadaan di sini seakan akan
cuba membentuk pelajar pelajar universiti kembali menjadi murid murid sekolah.
Umpama mengajar seorang dewasa apa itu A B C dan 1 2 3.
Langsung tidak relevan.

Dan kongkongan yang didakwa sebagai disiplin,kelihatan amat bodoh.
Ianya amat memalukan kerana ia langsung tidak menepati norma sebuah institusi pengajian tinggi.

Keadaan berada di kalangan orang orang yang tipikal sebegini membuatkan aku sangat meluat.
Dan situasi ini buat aku betul betul penat.
Penat untuk aku berkata "bangsat !"

Tersepit.

Aku umpama berjalan di satu titian halus.
Sebelah kanan api yang sedang menjelir.
Sebelah kiri air hitam yang maha dalam.

Di atas kepala diletakkan batu besar,
Beban yang amat,sehingga aku tidak mampu untuk mengangkat kepala.
Dada terasa sesak.
Seperti dihempap blok blok besar.

Aku terasa lemah,layu.
Cuba untuk terus berjalan untuk sampai ke penghujung titi.
Tapi kaki seakan longlai.

Tuhan,berikanlah aku kekuatan.
Jika tidak banyak,cukup lah sekadar yang perlu.
Aku hanya berharap kepada Kau.

Thursday, January 13, 2011

Payung Kuning.

Sarung di badan,
T shirt belang hitam putih.
Seluar levis hitam.
Kasut Macbeth Wallister kegemaran.

Aku berjalan gagah dalam longlai dalam panas terik di bumi Merbok.
Berjalan di samping penyejuk hati sedikit sebanyak dapat mengurangkan
suhu badan yang agak tinggi ketika itu.

Selesai "lunch",aku perlu pulang ke bilik untuk membersihkan diri.
Sekali lagi aku perlu mengharungi panas terik untuk mencapai destinasi,bilik.
Kepala aku yang agak manja bila berbicara tentang kepanasan sudah
mula runsing memikirkan penyelesaian.
Tiba tiba,Farah Wahida menawarkan aku payung kuning nya.
Hati berasa sedikit gembira kerana ada tempat berteduh untuk dibawa pulang bersama.

Dalam perjalanan pulang,beberapa orang perempuan merenung pelik ke arah aku kerana
menggunakan payung.
Kemudian,beberapa orang lelaki pula.
Satu soalan yang aku ingin tanya kan.
Adakah memakai payung lebih pelik dari memakai sweater di hari yang panas seperti yang turut kelihatan di kampus aku ini?

Renungan pelik dari mereka itu,aku cuma akan jawab dengan,
"Pergi mati la.Aku tak susahkan kau pun.Aku cuma panas."