Wednesday, June 22, 2011

Jengking.

Kau besar.
Kau berpesta.
Kau raja.
Kau lah segala.

Kau meninggi.
Kau mencaci.
Kau memaki.
Kau terlampau pasti.

Kau bebas.
Kau tiada batas.
Kau pantas.
Kau berkelas.

Kau berpengaruh.
Kau takkan repuh.
Kau rempuh.
kau teguh.

Tapi kau lupa.
Kau manusia.

Sunday, June 19, 2011

Tiada Tajuk.

Seseorang bertanya,
"Kenapa kau tak pernah tulis dalam blog kau dalam bahasa Inggeris?"
Aku hanya senyum sahaja meninggalkan pertanyaan.

Kesemua subjek yang diajar kepada aku sekarang adalah dalam
Bahasa Inggeris.Dan,tiada satu subjek pun yang diajar dalam
Bahasa Melayu.
Laman laman sosial aku yang lain pun,aku banyak menggunakan
Bahasa Rojak sahaja.Adunan Inggeris dan Melayu.
Tatabahasa,kosa kata dan sebagainya dalam Bahasa Melayu hanya
diajar kepada aku sehingga lah aku tamat SPM.

Aku orang Melayu.
Sijil surat beranak aku pun menyatakan aku bangsa Melayu.
Bahasa Melayu adalah lambang kepada aku.

Hanya di ruang blog ini sahaja aku boleh membuat tulisan dalam
Bahasa Melayu untuk masa ini.Mungkin tatabahasa aku dalam Bahasa
Melayu sekarang ini pun agak sedikit tunggang langgang.Tapi ini
sahaja caranya.

Aku bukan menidakkan Bahasa Inggeris.Bahasa tersebut juga masih
lagi penting.Dalam pendidikan dan kerjaya.
Cuma aku lebih selesa untuk menggunakan Bahasa Melayu di sini.

Memetik kata kata seseorang,
"Aku junjung Bahasa Melayu,aku kendong Bahasa Inggeris"

Monday, June 13, 2011

Empat

MUET
MB9009/3017;920213-04-5029;MUHAMAD DANIEL BIN HASRIN;4

Keputusan untuk MUET baru sahaja diumumkan dan aku memperolehi band 4.
Terima kasih Tuhan untuk ini.
Berita baik untuk kedua dua ibu bapaku.
Berita baik untuk aku juga.
Setiap benda yang jadi ada hikmahnya.
Mungkin ini hikmah di sebalik perkara buruk yang berlaku.
Alhamdulillah.

Destinasi selepas ini,BLS.

Sunday, June 5, 2011

R&R

Aku di satu sudut kumpulan sambil berdiri.
Memerhati.
Masing masing buat hal sendiri.
Aku disuruh pergi mati.

Aku pergi berlalu.
Mengharapkan hilangnya pilu.
Aku tinggal aku.
Hanya satu.

Aku disuruh senyap diam.
Jangan hendak macam macam.
Kepala dan hati tidak boleh diam.
Tapi nanti berbagai bagai kecam.

Aku duduk di satu medium perantara.
Melepaskan sedikit keluh hela.
Aku sudah dengan kata kata.
Hanya mampu tulis tanpa suara.