Tuesday, November 2, 2010

Langkah.

Hiba.
Terduduk.
Termenung.
Berdiam diri.

Mulut ingin dibuka.
Luahkan kata kata.
Menyampaikan rasa.
Tapi mungkin lain yang diterima.

Mulut ditutup.
Sahaja dikatup.

Mulut cuba dibuka.
Kata kata ingin dibuka.
Belum sempat disusun sekata.
Sudah silap seperti dinyata.

Akhirnya,

Membuat keputusan diri.
Sedar yang azali.
Mulut dikunci.
Bimbang akan memakan diri.
Sekali lagi.

Monday, November 1, 2010

Budiman.

Surat khabar diselak.
Aku menatap cerita cerita dunia.
Plot kehidupan manusia.

Sampai satu halaman,aku teliti baca.
-Teman wanita koma akibat cemburu-
Makin dayus pula lelaki zaman sekarang ini.
Baru teman wanita tapi sudah dipukul.
Belum lagi sebagai seorang isteri.
Aku geleng geleng kepala merengus tanda meludah.

Tiba tiba aku teringat pesanan mama,

"Kalau kau sudah kahwin nanti,jaga isteri kau,hormati dia.
 Jangan dipukul pukul.Jangan dimaki hamun.Hormat dia.
 Bila malam kau datang dekat dia,kau peluk peluk dia.
 Tapi bila siang,kau pukul pukul dia.Itu celaka namanya.
 Tengok papa kau.Pernah tengok dia angkat tangan pun dengan mama?
 Jadi macam papa kau."


Aku angguk sahaja mengiyakan nasihat mama.
Aku simpan pesanan itu sebagai amanah.

Lelaki,kau memang kuat.
Tapi kena selalu ingat,perempuan itu tulang belakang lelaki.

Luahan.

Lari lari dan lari.
Sepak sepak dan sepak.
Gelecek dan gelecek.
Aktiviti petang aku yang biasa,bermain bola.

Selesai bermain,aku duduk di tepi.
Melayan rehat.
Tiba tiba aku ternampak sesuatu.


Aku terpikir.
"Perlu ke hendak tulis dekat sini?"
Aku kuat mencarut juga.
Tapi rasanya tak perlu sampai nak conteng conteng di tempat umum macam ini.

Malu lah jika dipandang oleh orang yang lebih tua.
Malu kerana generasi hadapan mereka tidak berapa mahir menggunakan otak.
Setiap luahan memang tiada yang salah nya.
Tapi perlu bertempat.

Kadang kadang aku hairan dan pelik.
Dengan situasi ini.
Apa lancau lah?
Maaf,terkeluar pula.

*Kaki,tangan dan badan dalam gambar tiada kena mengena dengan kenyataan.
  Harap maklum.