Tuesday, August 31, 2010

Hidup Kita.

Macam macam cerita.
Ada yang biasa.
Ada yang gila.
Itu hidup kita.

Hidup kita.

Kau menangis.
Kau maki tragis.
Kau cuba cipta sadis.
Tapi tidak sedar yang ia takkan habis.

Ingat,
itu hidup kita.

Aku dan kau malu.
Akibat melulu.
Cuba tutup cerita dulu.
Akhirnya mulut terpaku.

Itu hidup kita.

Hidup banyak persamaan.
Seperti lain lain permainan.
Jangan nafikan dengan kelainan.
Pilih main atau dimainkan.

Aku dan kau.
Kita sama sama terpukau.

Hidup kita.
Permainan kita.

Pilih satu.

Friday, August 27, 2010

Lahanat.



Lahanat akan selamanya lahanat.


"aku tidak bunuh semua Yahudi supaya kamu tahu kenapa aku bunuh Yahudi"
-Adolf Hitler

Bukan Cerita Nasi Bujang.

'Bang,nasi bujang satu'

Rasa hebat.Imej ringkas tenang.
Itu nasi bujang.

Ringkas.Dan tiada apa yang istimewa.
Cukup untuk memenuhi selera.

Kini ;
Nasi bujang sudah tiada rasa.
Sudah muak untuk dijamu rasa.
Tetap sama.Tiada perbaharuan rasa.
Tetap ringkas seperti mula mula.

Menu lain diangkat nama.
Lebih sedap lebih berasa.
Tapi aku tetap pilih yang sama.
Kerana nasi bujang yang mengajar erti rasa.

'Dik,makan apa?'
'Nasi goreng apa ada bang?'
'Semua jenis nasi goreng ada'
'Okay,nasi bujang satu bang'

Aku tetap pilih yang sama.
Sebab ia yang mengajar aku erti rasa.

Wednesday, August 25, 2010

Ludah.

Tadi aku dimaklumkan dengan penutupan Bazar Ramadhan di kampus aku,
UiTM Kedah.
Aku hairan,marah dan sedikit kesal dengan apa yang berlaku.
Dan tertanya tanya "bodohkah mereka?"
Atau "bijakkah mereka?"
Mungkin kau atau kau boleh menjawab persoalan ini.

Jika bazar ditutup ;

Dewan makan yang sedia ada akan menjadi amat penuh.
Semua orang perlu beratur panjang.
Oh bijak la 'mereka' ini.
Mengajar pelajar pelajar untuk memeriahkan ramadhan dengan berbuka secara beramai ramai.
Dan mungkin pelajar akan lambat berbuka kerana terlalu ramai yang mengerumuni dewan makan.
Eh bijak la 'mereka'.
Mengajar pelajar pelajar untuk bersabar.

Aku boleh nampak keharmonian yang mereka cipta.
'Mereka' memang bijak.

Pelajar pelajar akan menjamu hidangan yang kurang variasi dan tidak sedap
di dewan makan.
'Mereka' memang bijak.
Mengajar pelajar pelajar untuk mengenal erti kesusahan dan kesederhanaan.
Makan sahaja apa yang ada.Walaupun Ramadhan sebulan untuk setahun.

Konklusi aku,'mereka' bijak.
Sijil 'mereka' tinggi tinggi.
Kami pelajar.

'Mereka' sentiasa betul.
Kami selalu diperbetul.

Tapi maaf.Aku kata bijak.
Sambil disertakan dengan ludah.
Dan jari tengah diangkat.

Sunday, August 22, 2010

Kepala Basah.

Satu petang di tempat keramaian,
yang orang gelar Bazar Ramadhan.

"Dik meh datang beli dik.Sedap!"
"Oh yeke.Macam mana kira ini bro?"
"3 seringgit je dik"
"Okay bro,bagi 4 ringgit la"

Azan berkumandang,tanda berbuka.
Juadah yang dibeli menjadi santapan.
Maaf,tidak sedap.Langsung.
Kepala aku sudah terasa basah sedikit.

Sesi melayan nafsu tamat.
Diganti sesi sedut hembus asap nikmat.
Tiba tiba,
Perut terasa seperti ada pergaduhan Hang Jebat dan Hang Tuah.
Kali ini kepala aku memang betul betul terasa basah.
Celaka!

Aku cuba bertahan,tersenyum.
Tapi perut aku jauh lagi kuat.
Hanya satu perkataan terlintas di kepala,
Celaka!

Bro,kau memang berjaya bagi kepala aku basah.
Aku bagi kau 4 ringgit.
Tapi kau bagi perut aku sakit.

Kau sembang sedap.
Tapi hakikatnya tidak.
Kau bagi tambahan pula untuk perut.
Kepala aku basah.
Hancing.

Celaka!

Saturday, August 21, 2010

Neon.

Fuuuhh !

Aku duduk tenang.
Menghembus asap tenang.
Rasa gelap bukan terang.
Seperti mengharapkan kedatangan kunang kunang.

Aku duduk melanguk.
Kiri kanan aku tengok.
Rasa seperti si bongok.
Tapi masih menanti terseguk.

Tiba tiba ;

Bunyi telefon mengejut.
Membuatkan aku rasa nak terhenjut.
Ada mesej di sebalik imej kedut.
Aku cuba mencari yang lebih lanjut.

Oh Dia.
Sapaan tiba tiba.
Hati berdegup berlari macam kuda.
Gelap sekian tadi sudah menyala.

Dia artis senyuman.
Banyak menghasilkan lukisan.
Aku terduduk hiraukan sebentar teman.
Hanya senyuman yang aku layan.

Tiba tiba ;

Sapaan pembawa senyuman terhenti.
Cahaya tadi dibawa pergi.
Tapi dia sebenarnya kurang mengerti.
Ada neon yang dia beri.

Si Dia.
Aku masih menunggu Dia.

 


Friday, August 20, 2010

Jenaka Malam.

Sedang aku melayan laman web sosial,Facebook,aku terjumpa



Apa ini?
"Mahasiswa UM Menolak Student Power" ?
Golongan yang kononnya kata mahasiswa UM telah diperalat oleh
"individu tertentu" untuk dijadikan KAMBING HITAM bagi memecahkan perpaduan
yang telah lama dibina.
Dan juga pembongkaran tentang isu yang aku baru nyatakan dijanjikan.
Di mana pembongkaran tersebut?

Aku hendak tanya,kau orang pernah pergi mendengar syarahan Student Power tersebut?
Kalau pernah,kau orang ada memahami isinya?
Aku rasa tiada.
Sebab itu kau orang membuat satu bentuk bahan jenaka baru.
Untuk dijadikan bahan ketawa aku dan lain lain.

Kau orang menentang tanpa isi yang padu.
Membuta babi.

Sebab itu kau orang sanggup jadi bahan yang dipaku oleh sistem celaka, KAPITALIS.

Maaf,aku hanya gelak dengan bentuk kebodohan kau orang ini.
Sebab ini jenaka.

Wednesday, August 18, 2010

Ironi

Puasa baru menjenguk seminggu.
Iklan raya, 
macam puasa tinggal lagi seminggu.
Hairan sungguh.

Tuesday, August 17, 2010

Lama.


"Malam pesta muda mudi
 Bertemasya dan menari
 Suka ria dalam hati."


Antara bait bait yang terlintas di kepala. 
Kenangan kepada retro Malaya.
Rancak.Bertenaga.Muda mudi.

Baju petak petak.
Seluar yankee.
Rambut remos.
Irama twist.
Ramuan utama aku.
Tema malam.

Senyuman terukir.Hati girang.
Gaya lama menjadi hidup.
Untuk muda mudi seperti aku.

Aku hendak bergaya seperti orang lama.
Jangan kau hendak tanya mengapa.

Kaki diputar putar.
Irama twist.
Badan digoncang goncang.
Nyanyi puitis.

La la la la la la.
Hidupkan jiwa.
Semua masalah aku sewa.
Sebentar.Hanya untuk sebentar.

Senyuman terukir lagi.
Kerana dapat melayan hati.
Mungkin tak berhenti henti.
Seperti hidup dalam filem Do Re Mi.

Tiba tiba 
Yaw yaw.Whats up? Hip Hop yaw.

Pergi mati.
Aku nak menjadi P.Ramlee
Untuk sebentar.

Lari lari.
Kita jadi muda mudi.
Malam ini.







Sunday, August 15, 2010

Kontradiksi.

Eh kau nak ke mana?
Terburu buru sahaja.
Taknak cakap apa apa kepada aku dulu?
Jangan lah terburu buru.

Kawan, sabar dahulu.
Khabar berita kepada aku dahulu.
Eh kau ni, tergesa gesa.
Aku perhati kau, aku tak selesa.

Kau hendak cari syurga?
Kau beritahu realiti atau cuma cerita?
Kau beritahu syurga kau nampak meriah.
Tapi kenapa aku rasa macam syurga kau warna merah?

Eh jangan lah kawan.
Aku bukan halang sebagai lawan.
Takut kau hilang nanti.
Dengan syurga kau sendiri.

Dengar lah aku, jangan.
Itu semua angan angan.
Aku bukan nak rosakkan rancangan kau.
Aku hanya nak tolong kau.

Tapi kau degil sangat.
Kau kata aku asyik nak menyengat.
Pergi lah pergi.
Jangan adu aku tak peduli.

---------------------------------------------------------------------------

Tengok kau sekarang.
Terbaring terkangkang.
Kau buat aku menangis.
Syurga kau sungguh sadis.

Aku sudah nasihat kau siap siap.
Kau tuduh aku yang silap.
Kau beritahu aku, kau bina syurga.
Tapi kau tak sedar, kau hanya bina neraka.

Sedar lah kawan.
Sedar .

Saturday, August 14, 2010

Budak Budak.

Aku pelik.Aku hairan.
Kadang kadang aku kaget.
Siapa?
Budak budak sekarang ini.
Muka pandai,umur matang.
Tapi otak tidak mencapai tahap yang sama.

Bila diajar,menerima secara sinis.
Seperti apa yang orang kata.
Bodoh sombong.
Apa kalau kau sinis balik kau rasa kau pandai?
Maaf.Hanya kebodohan yang kau tunjukkan.
Kau gelak puas kerana dapat sinis.
Aku gelak kecil kerana nampak kebodohan kau.

Berubah lah.
Belajar menerima.Belajar menjadi dewasa.
Belajar pasal hidup.

Aku tahu kau pandai.
Tapi jangan tunjuk pandai.
Nanti kau cuma jadi macam keldai.

Budak oh budak.
Aku hanya senyum.
Kelakar.
Kerana kau cuba jadi budak budak.

Open Your Eyes.

Nature of natural law is just like the nature of a harlot.
-Ross (scholar of law)

"eh apahal sama kan natural law dengan pelacur pula?"
"eh tidak patut betul la.natural law itu kan undang undang yang berkaitan dengan Tuhan.mana boleh jadi macam ini"
"agak agak la.mana boleh samakan dengan pelacur.tidak boleh.tidak boleh"

Beberapa respons yang aku dengar dari beberapa orang rakan sekuliah aku.
Mereka melenting,merengus dan melatah apabila membaca slide power point yang ditunjukkan
oleh pensyarah kami.Tanpa diam dan berfikir terlebih dahulu.
Berkaitan dengan pendapat dari seorang scholar tentang natural law.Konsep undang undang yang berkaitan
dengan suruhan Tuhan dan berpancangkan moral.

Teman teman,tenang.
Pendapat tersebut adalah berkisarkan tentang azali perkaitan antara natural law dan harlot (pelacur).
Keterbukaan menerima dan takluk semua.
Ianya bukan berkaitan tentang tindakan.

Tapi bukan berkaitan pendapat tersebut yang aku ingin ketengahkan di sini.

Aku hanya ingin berkata tentang sikap kau dan kau.
Dan mungkin juga aku.
Tentang sikap mudah melatah.
Contoh yang mudah aku nampak adalah bila kejadian ini berlaku.
Kau dan kau, melatah dan melenting, tanpa kaji dan fahami situasi yang berlaku.
Akhirnya bila diberitahu tentang situasi sebenar,baru lah semua terdiam.
Dan akan keluar lah ayat "ohhhhhh!"
Aku faham kau dan aku adalah Melayu.
Terkenal dengan sifat mudah melatah.Tapi kita perlu ubah itu.
Aku sudah bosan.Bosan.
Maafkan aku.Aku bukannya Hang Jebat.
Tapi aku bosan dengan fiil bangsa aku sendiri.

Melatah.
Terus melatah.
Dengan petah.
Kemudian diludah.
Baru hendak tergadah.
Aku sudah bosan dengan semua itu;
Melayu.

Friday, August 13, 2010

Apa Ini ?

Memetik perkara yang telah diketengahkan oleh blog salah seorang teman.
Mengenai pembatalan ceramah perdana Student Power.
Dulu hingga sekarang.Permainan politik tidak pernah luntur.
Campurtangan pihak politik,amat memalukan.
Permainan oh permainan.

Kembalikan ia kepada KAMI.
Jangan begini.
Paku kapitalisme bukannya untuk KAMI.

Tewas.

Puasa pembawa.
Pembawa seribu pengajaran.
Itu ini situ sini.
Semua aku hendak.

Terkam.Tangkap.
Semua dalam dakapan..
Tidak mahu satu pun disingkap.
Tapi dambakan mungkin lapan.

Aku tewas.
Aku kalah.
Sama seperti yang lain.
Tewas kepada sang raja.

Raja menunggu waktu nya.
Waktu untuk menjalankan tugas.
Sekata seraya.
Raja tetap raja.Menang merebut unggas.
Permainan.

Aku lemah.Aku tewas.Aku kalah.
Kepada sang raja.Diriku.
Nafsu ku.Sekali lagi.

Wednesday, August 11, 2010

Keliru.

Kepala memang agak tidak betul dan mungkin sedikit mabuk ketika
lewat malam.Bila disebut sahur,memang umum tahu kepala memang tidak berapa waras.
Walaupun masih tidak tidur lagi.
Seorang teman sedikit merasa kekeliruan ketika aku dan beberapa teman yang lain
pergi bersahur.Kami pergi bersahur di dewan makan di kampus kami.Dan teman tersebut
ketinggalan di belakang sedikit akibat terlalu memikirkan makanan apa yang patut diambil
manakala kami sudah duduk.

Tanpa berpaling ke mana mana,teman tempik,
"woi babi,tempat duduk aku kat mana?"
Kami yang sudah duduk merasa pelik memandangkan ada satu lagi tempat kosong untuk teman tersebut.

Oh rupa rupanya teman telah tersilap tempik kepada orang lain.
Tanpa menunjukkan rasa malu,teman segera meminta maaf.

Aku paham kau mungkin sedikit keliru.
Tak mengapa teman,aku faham.
Biasa la itu,jarum jam pun sudah mengantuk hendak tunjukkan waktu.
Seorang teman antara kami terus mengetawakan teman yang menjadi mangsa keadaan tersebut.
Tapi teman tersebut,Hairi Hazrin,selamba membalas tawa teman lagi satu
"biasa la tu.orang buat silap.budak budak baru nak naik je yang asyik nak ketawa
pasal kesilapan orang lain"
Teman tawa terdiam kelu.

Syabas Hairi Hazrin.

Tuesday, August 10, 2010

Tahan Semua.


Puasa.Tahan.Sabar.


Papa berpesan.
Rasulullah bersabda: barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana didorong 
oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah,maka akan diampunkan
dosa dosanya yang terdahulu.

Aku akan ingat kata kata itu Papa.

Selamat Menyambut Ramadhan .



Teringat.

Bertemankan sebatang rokok Winston Light.
Duduk bermonolog.Teringat.
Kala malam.

"bayangan wajahmu selalu di depan mata
 selalu di depan mata
 harum baumu masih dapat ku hidu
 sekiranya derita merinduimu
 itu sebenarnya bahagia
 aku pilih derita"

Ya.Aku rindu kau.
Sambil tersenyum aku teringat Kau.
Rokok habis.Aku pijak.
Bangun dan terus berjalan.
Mengharapkan satu cerita.
Mungkin.

Monday, August 9, 2010

Kain Kotor.

PI/Pusat Islam = Nama masjid di kampus aku.

"eh kau nak ke mana Daniel?"
"aku nak ke PI.kan ade program ihya' Ramadhan tu"
"kau biar betul?"
"eh betul la"

"kau pakai baju melayu ni nak gi mana?"
"PI la.takkan gi club pakai macam ini pula"
"apa dia?boleh ulang tak?"
"gi PI la."
"okay,lagi sekali ulang.aku tidak jelas"

Aku tidak paham.Aku pelik.
Bila aku cakap,beritahu yang aku hendak pergi ke tempat yang baik.
Orang akan pelik pula.
Membuat muka hairan.
Salah ke aku hendak pergi membuat benda yang baik?
Kalau aku buat sesuatu yang tidak baik,itu tidak dikira salah ke?
Pelik.Hairan.

Aku ini kotor sangat ke?
Sampai orang lain merasa pelik kalau aku buat sesuatu untuk amal aku sendiri.
Ya aku kotor.
Tapi aku tiada peluang ke kalau ingin sesuatu yang baik?
Mungkin tiada aku rasa.

Aku tidak salahkan kau dan kau.
Mungkin ini sudah menjadi adat budaya bangsa kita.
Mempersoalkan kemuliaan orang lain.
Dan cepat melatah pula tentang kesalahan orang lain.
Manusia.Memang macam itu.
Aku tidak salahkan sesiapa.Sungguh tidak.
Aku cuma salahkan budaya tersebut.

Aku tahu aku kotor.
Dan aku selalu sedar itu.
Kau tidak perlu risau.
Aku selalu sedar.
Aku ini kain kotor.
Tapi aku juga hendak rasa menjadi kain putih.



Sunday, August 8, 2010

Aku Punya.

Paluan dram.Leretan bunyi gitar.Bising.Jeritan suara.
Bunyi halwa telinga.Kepala dihayun hayun.
Diri terasa bebas.

Sambil membuat muka pelik,seorang teman.
"lagu ape la yang kau dengar ni?tiada seni langsung"
Aku hanya diam.Tersenyum.
Meneruskan aktiviti seperti orang mengangguk tanda setuju.Berulang kali.

Aku punya seni.Bukan kau punya.
Aku punya seni bermacam seni.Kompleks.
Kau punya seni gelek gelek joget joget.
Kau tuduh seni aku tiada seni.
Aku pun tak nampak seni kau ada seni.
Aku punya seni banyak ekspressi.Berayun ayun.
Kau punya seni banyak ekspressi juga.Menangis syahdu.

Seni aku buat aku rasa tenang.
Kau cakap seni aku serabut.
Seni aku buat aku rasa bebas.Jadi diri aku.
Kau cakap seni kau lagi berseni.Lagi glamour mungkin.
Lantak kau.
Ini aku punya.

Ini hak aku.
Hak aku nak dengar apa.
Hak aku nak cakap seni itu macam mana.
Lantak kau.
Macam aku cakap.
Ini aku punya.

Kau tidak suka.
Kau cari kau punya sendiri.
Pergi main main jauh.


Aku nak menjerit.
Kau tidak suka.Pergi mati.
Ini aku punya seni.

Saturday, August 7, 2010

Kau Bangsat !

Rokok Winston Light disedut memenuhi ruang paru paru hitam.Aku melangkah masuk ke Pusat Rekreasi atau nama popular,pusat snuker.Mencari kelibat kenalan kenalan yang baru kenal.
Kelihatan mereka di sana,sedang cuba menghasilkan permainan snuker yang cantik seninya.
Dan berjaya aku agak.Kemudian,kenalan tersebut membuka mulut.
"diorang ni nak beromen pun kat sini ke.tak reti cari tempat lain"
Aku hairan dengan kata kata kenalan.Mata melilau mencari bernas kata kata kenalan.
Oh! Aku sangka kan jauh.Hanya beberapa langkah kaki sahaja dari aku.
Kelihatan kelibat beberapa barua yang cuba meratah beberapa perempuan yang lain di situ.
Barua buas.Perempuan menolak menjerit halus tewas.
Bodoh! Hanya perkataan yang terlintas di kepala aku.

Aku ingin memaki dan menumbuk barua tersebut.Namun aku hanya orang luar yang memasuki kampung orang.Aku ibarat kambing mengembek liar di kandang harimau sahaja nanti.
Aku pandang simpati perempuan tersebut.Tapi berubah.
Bodoh! Perempuan perempuan tersebut.Mengikut barua barua tersebut.

Barua dan perempuan.
Kau bodoh.Kau tiada maruah.Kau bangsat!
Aku tidak marahkan perbuatan kau.Itu urusan kau dan Yang Esa.Aku hanya marahkan keputusan kau.
Kenapa menjadi bangsat di tempat terbuka?Kenapa?
Tiada tempat tersorok lain?
Kau rosakkan nama bangsa aku.
Kau cemarkan impressi aku.
Kau minta diludah.Kau memang tiada maruah.
Kau bodoh.Kau bangsat.

Kenalan berkata lagi,sambil meneruskan permainan nya.
"ni tak sekolah punya orang ni"
Aku angguk dan senyum.Mengiyakan.

Barua dan perempuan.
Kelibat kau.Aku sudah penat.
Kau bangsat!

Friday, August 6, 2010

Jakarta


jakarta,
dan rasakan pedihnya
hidup sendiri
jakarta,
dan rasakan sakit ditinggal
sendiri,terjatuh
jakarta penuh dengan benci,
penuh dengan deritanya
jakarta takan pernah kembali
seperti dulu 
sejauh ku melangkah kakiku,
terasa hampa dan kosong di
jiwaku terjatuh

credit to : jakarta story
              -THIRTEEN-

Thursday, August 5, 2010

Merah.

Dendangan lagu 'Godzilla' dari 'We Butter the Bread With Butter' menerjah telinga aku.
Aku tersentak.Mata aku yang dibawa jalan jalan oleh sunyi tiba tiba ditegur rakus dengan lagu tersebut.
Rupa nya bunyi dari handphone aku.Tertera 'one new message'.
Hati aku menyumpah.Barua Maxis hantar mesej bangun tidur aku. 

Jam ditatap.10.48 am.
Jumaat.Cuti.
Aku berusaha menyambung tidur semula.Tapi gagal.
Aku bangun mencari rokok sebatang yang aku tinggalkan semalam.
Aku disegarkan dengan asap Winston.
Kaki dipaksa rayau.Aktiviti wajib tiap tiap pagi.
Kononnya senaman pengganti jogging. 

Aku balik semula ke bilik.Tiba tiba teringat dompet aku.
Aku melilau mencari.Tiada.Tiada juga.Pun tiada.
Kemudian nafas lega ditarik.
Aku buka dompet aku dan satu kejutan yang mungkin sejak sekian
sudah menunggu aku menyapa.

Beberapa helai not Ringgit Malaysia yang agak besar nilai nya telah
dicuri atau mungkin juga diculik.Keluh.
Aku perlukan duit tersebut untuk tiket balik raya kelak.
Juga untuk beberapa tujuan lain yang penting.
Aku hanya nampak warna hitam.Tiada lagi putih seperti mula mula bangkit.
"celaka,tunggu la aku da bayar semua dulu,baru la kau nak curi.tak pun ambik duit
yang jadi belanja aku.bukan keperluan aku.celaka"

Aku mencari teman teman.Untuk dibuat tempat mengadu.
Mengadu tentang teman yang lagi satu.Yang menjadi barua mengambil duit aku.
Aku berjumpa Yusof Mohamed Salleh yang mungkin boleh menjadi kaunselor aku.Mungkin.
Nasihat yang aku terima agak bernas.
"Lain kali hang letak nota dalam wallet tu.CURI DUIT BELANJA AKU JE.YANG DUIT TIKET JANGAN CURI.Takde la susah nanti"
Barua.Haru aku.
Pagi pagi sudah sial.

Mujur dompet dan lighter tidak hilang sama.
Barua kau pencuri.
Kau sudah bagi merah.
Nanti aku jumpakan kau dengan padah.






Wednesday, August 4, 2010

Nila dan Susu

Hari ini aku peroleh perkara baru.Beberapa situasi menjadi cikgu baru aku.
Mengenai subjek kehidupan.
Aku hairan mengapa manusia mudah membuat kesimpulan sendiri.Mudah terburu buru.
Gelojoh menghukum seperti tiada lagi masa syuruk.Aku hairan.
Kadang kadang aku terpikir,dapat faedah ke kalau melulu?
Siasat dulu,tengok mana hitam mana putih.
Nanti di masa depan tiada la rasa malu.
Bak kata orang "sebab nila,rosak susu sebelanga".
Itu pelajaran utama yang aku peroleh hari ini.Aku rasa manusia yang berumur 18 dan ke atas sepatutnya berfikir lebih matang dan rasional.
Tapi apa yang aku dapat jauh meleset.
Aku sangka peribahasa tersebut hanya mainan kata kata orang tua. Tapi sama juga,meleset.
Dan aku membuat kesimpulan kehidupan aku sendiri.

"jangan sebab seekor babi masuk kandang lembu,semua lembu haram dimakan"

Tuesday, August 3, 2010

Pembunuhan Maruah

Kau perempuan.
Kau lemah.
Kau mangsa.
Kau bahaman haiwan.

Buas.
Kau diperlaku buas.
Kau diperlaku kejam.

Bodoh.
Mereka bodoh.
Mereka buta.
Mereka kejam.
Mereka binatang.
Mereka pentingkan diri.

Kau perempuan.
Kau hanya dambakan.
Hanya mahukan.
Hanya perlukan.
Kegembiraan.

Tapi mereka buta.
Mereka bodoh.
Mereka buta.
Mereka pentingkan maruah.
Mereka tak tahu kau.

Kau.Perempuan.
Mereka tak tahu.

                                                                                                        
Maaf.Emosi aku sedikit tersentuh lepas tonton presentation Honour Killing.               

Monday, August 2, 2010

Sembilan perpuluhan Lima

Muka muka gelabah dan takut jadi warna muka masing masing di kelas.
Muka muka menanti warna apa yang jadi untuk keputusan ujian masing masing.
Ujian MTC 012,subjek LAW.

Sambil hentak kaki,muka berkerut,mulut kumat kamit.
"ish 9.5 je" keluh.
Mengeluh sebab dapat markah 9.5 per 10.
Ya,diulang 9.5 per 10.
Yang mungkin menyebabkan ranking nya menjadi tempat kedua setelah
markah 10 per 10 mengambil tempat markah tertinggi dalam kelas.

Aku perhati.Aku tunggu.Menunggu nama dipanggil.
Memandangkan nama dipanggil mengikut ketinggian markah,boleh
diagak markah aku mungkin jauh lebih rendah sebab banyak nama dipanggil
sebelum "Muhamad Daniel Bin Hasrin" disebut.

Akhirnya,nama aku disebut dan markah ditatap.
Tidak terlalu tinggi seperti 9.5 atau 10.
Aku tidak hentak kaki.
Aku tidak mengerut muka.
Mulut aku tak terkumat kamit memaki.
Tapi aku hanya senyum.
"cukup la markah ni"

Aku pandang dia.Tenung.
Monolog.Tenang la kawan,markah 9.5 kau da cukup gah da tu.

Aku senyum sinis dengan keluhan dia.
Aku senyum sinis dengan markah aku.

p/s:
     "when u have a good that value of RM3,just satisfy.dont mad the value "