Saturday, July 31, 2010

Mimpi

Kau hilang dari pandangan aku.
Tapi dalam mimpi kau tenung aku.

Kau benci aku.
Tapi dalam mimpi kau lirik aku.

Kau sembunyi dari aku.
Tapi dalam mimpi kau cari aku.

Kau dikejar aku.
Tapi dalam mimpi kau kejar aku.

Kau tak tahu.
Tapi dalam mimpi kau pasti.

Kau hitam.
Tapi dalam mimpi kau putih.

Kau ais kosong.
Tapi dalam mimpi kau coca cola.

Kau mengelirukan.
Tapi dalam mimpi kau tetap kau.

Mimpi diubah aku.
Aku ubah mimpi.
Tapi mimpi tetap mimpi.
Azali nya.

Wednesday, July 28, 2010

Rasa Rasa

Aku cuba gelak.
Aku cuba tertawa.
Aku cuba senyum.
Aku cuba terlompat girang.

Tapi aku terdiam.
Tapi aku sunyi.
Tapi aku terkilan.
Tapi aku pedih.

Kau pergi.
Kau jauh.
Kau hilang.
Kau sembunyi.

Samar gelap kabur gepita.
Aku.
Buta sejuk suram dingin.

Terkesima

UiTM di hatiku.

Uitm macam yang semua tahu,salah sebuah universiti
yang diperuntukkan untuk memberikan pendidikan tinggi kepada
pelajar pelajar Bumiputera dan Melayu.

Memandangkan aku merupakan pelajar Uitm sekarang,
aku dapat lihat berbagai macam macam.
Macam macam ragam.
Macam macam kerenah.
Macam macam perangai.

Satu situasi ketika perjalanan pulang ke asal usul.
Cuti pertengahan semester.Stesen bas Sg petani.
Kad matriks yg disarung masih lagi tergantung bangga.Mungkin perasaan bangga menjadi
seorang mahasiswa masih tersemat dalam diri aku.Tiba tiba satu suara,

"anak anak,kad matriks da tanggal,da campak jauh jauh?"
"eh da la mak.tak macam orang tu,gelabah lebih je"

Aku berhenti.berfikir.sebentar.sejenak.
Apakah malu menjadi seorang pelajar dari Uitm?
Malu sebab jadi pelajar yang dari universiti yang hanya untuk pelajar Melayu sahaja?

Aku berhenti lagi.Berfikir lagi.
Bukankah mereka.Melayu yang patut berbangga.
Bersyukur.
Masih dapat menikmati hak mereka.

Aku berfikir.Terkesima.
Lalu tak diendahkan.
Mungkin umur mereka sahaja yang melebihi kematangan pemikiran mereka.
Mungkin.
Aku hiraukan.Hanya melayan monolog sambil menikmati segelas nescafe ice
dan sebatang winston light.

Melayu Mudah Lupa.

Kad matriks yg semenjak tadi diam.
Aku teruskan diam.
Aku diam terlena.Melayan fantasi Puteri yang jauh di Perak.

Semula

Agak lama aku tinggal kan penulisan blog aku.
Agak sibuk dengan urusan hidup.
Agak sibuk.
Amat sibuk.

Dan sekarang,aku memulakan penulisan baru.
Tulisan dari pandangan,pemerhatian dan amatan.
Dari aku.
Semula.