Wednesday, July 28, 2010

Terkesima

UiTM di hatiku.

Uitm macam yang semua tahu,salah sebuah universiti
yang diperuntukkan untuk memberikan pendidikan tinggi kepada
pelajar pelajar Bumiputera dan Melayu.

Memandangkan aku merupakan pelajar Uitm sekarang,
aku dapat lihat berbagai macam macam.
Macam macam ragam.
Macam macam kerenah.
Macam macam perangai.

Satu situasi ketika perjalanan pulang ke asal usul.
Cuti pertengahan semester.Stesen bas Sg petani.
Kad matriks yg disarung masih lagi tergantung bangga.Mungkin perasaan bangga menjadi
seorang mahasiswa masih tersemat dalam diri aku.Tiba tiba satu suara,

"anak anak,kad matriks da tanggal,da campak jauh jauh?"
"eh da la mak.tak macam orang tu,gelabah lebih je"

Aku berhenti.berfikir.sebentar.sejenak.
Apakah malu menjadi seorang pelajar dari Uitm?
Malu sebab jadi pelajar yang dari universiti yang hanya untuk pelajar Melayu sahaja?

Aku berhenti lagi.Berfikir lagi.
Bukankah mereka.Melayu yang patut berbangga.
Bersyukur.
Masih dapat menikmati hak mereka.

Aku berfikir.Terkesima.
Lalu tak diendahkan.
Mungkin umur mereka sahaja yang melebihi kematangan pemikiran mereka.
Mungkin.
Aku hiraukan.Hanya melayan monolog sambil menikmati segelas nescafe ice
dan sebatang winston light.

Melayu Mudah Lupa.

Kad matriks yg semenjak tadi diam.
Aku teruskan diam.
Aku diam terlena.Melayan fantasi Puteri yang jauh di Perak.

No comments:

Post a Comment