Monday, October 25, 2010

Cilik.

Aku pandang pandang.
Tercari cari,aktiviti apa yang aku boleh buat.
Aku kebosanan di kala menjadi seorang penanam anggur ini.

Tiba tiba aku ternampak basikal.
"Kalau kayuh kayuh petang ini,seronok juga"

Aku mengayuh basikal.Jalan jalan merasa angin petang.
Terlihat kelibat manusia manusia yang pulang dari kerja.
Berusaha menyelesaikan hutang hidup.
Terlihat kelibat budak budak sekolah pulang dari sekolah.
Berusaha mencari usaha hidup.

Puas berkayuh ke sana dan ke sini,aku berehat.
Berehat di tempat melepak kegemaran,kedai mamak.
Seperti biasa meja aku terdapat segelas nescafe ais dan sekotak Surya.
Semenjak harga rokok naik,aku bertukar menjadi pelanggan Gudang Garam.Celaka.

Sedang nikmat menikmati nescafe ais,tiba tiba aku terdengar suara busuk.
"Malam ini kita ajak diorang datang taman.Aku tidak puas hati pasal tadi.Aku nak tumbuk muka mamat tu sampai 
 pecah!"

Aku tolehkan kepala dan rupanya budak sekolah yang keluarkan kenyataan itu.
Aku gelak sinis seraya bangun menghadap budak budak itu.

"Korang pakai seluar hijau ini,mesti budak sekolah lagi kan?"
"A ah bang.sekolah lagi,tingkatan 3"
"Aku dengar tadi macam nak bergaduh je malam ini"
"A ah bang.Tadi da gaduh da,tapi kitorang tidak puas hati.Nak ajak gaduh lagi malam ini"
"Kira nya korang nak jadi gangster la ini.Gaduh sana sini"
" *terdiam "

"Camni la.Apa kata korang pergi sekolah itu elok elok.Belajar betul betul.Tak payah nak jadi gangster gangster   
 ini.Korang bagi habis dulu hutang mak bapa korang yang diorang sudah keluarkan untuk korang belajar.Lepas 
 itu,tunggu diorang sudah mati dulu,baru korang jadi gangster semua.Takdelah diorang rasa kecewa sangat 
 dengan korang ini."

Aku berlalu ke kaunter,bayar RM 1.70,kemudian sambung berkayuh.
Monolog sambil geleng kepala,
"Kecil kecil nak jadi gangster,sudah besar tak habis habis minta kena ludah.Apa nak jadi? Dunia sudah jauh 
 tersasar,masing masing masih hendak tunjuk kepala besar"


Tuesday, October 19, 2010

Genggam

Kau menangis.
Teresak esak puitis.
Mungkin sehingga habis.
Tamatnya gerimis.

Aku duduk di sudut.
Tidak tampil bukan kerna takut.
Bukan juga kerna kedut.
Tapi jarak yang serabut.

Sayang oh sayang.

Bangun lah.
Genggam lah.
Tanganku walaupun lemah.
Jangan kau menyerah.

Sayang oh sayang.

Genggam lah tanganku.
Akan aku cuba bawa.
Dan bangunkan kau semula.

Sunday, October 17, 2010

Sama

Hujung minggu,aku seperti biasa.
Melakukan kerja sambilan yang aku sudah lama buat semenjak di bangku sekolah lagi.
Menjadi katerer untuk apa apa majlis.

Majlis yang perlu aku uruskan adalah majlis aqiqah dan cukur jambul.
Setibanya aku di rumah tuan punya majlis,kelihatan rumah umpama
istana,besar.Kereta kereta mewah.
"Kaya orang ini" aku bermonolog.
Aku tidak mampu hendak beli rumah berharga RM 3 juta.
Aku tidak mampu memiliki kereta Nissan GTR.
Cemburu timbul.

Tiba tiba,tuan rumah maklumkan sesuatu.

Dia terpaksa menukar majlis aqiqah itu kepada majlis doa selamat.
Ibunya sedang kritikal di hospital.
Mukanya terserlah kerisauan.

Tiba tiba,aku tersedar sesuatu.
Tuan rumah ini memang berpangkat Tan Sri.
Memang kaya.
Tapi sekaya kaya dia,dia masih sama seperti aku.
Takut KEHILANGAN yang tersayang.

Ingat Tan Sri,kita sama sahaja.

Kedai Mamak

Aku lepak bersama beberapa orang teman dan adik aku.
Seperti biasa,nescafe ais dan sekotak Winston Light di atas meja.
Sedang rancak berborak,tiba tiba adik aku bersuara

"along kau perasan sesuatu tak?"
 "apa dia?"
"kedai mamak ni,meja dia pasang banyak banyak sampai kat jalan ni"
 "okay,jadi?"
"pihak berkuasa tidak buat kerja ke apa?kalau orang Melayu yang berniaga tepi jalan tu,cepat je diorang
 terus rampas gerai."
 "betul juga tu"
"lepas itu,kau tengok pula kalau kedai judi dan kedai makan yang tauke dia orang Cina,pun sama juga.tiada 
 siapa yang kacau.apa lancau?"

Aku terkelu.Ada benar apa yang adik aku cakap kan.
Aku selalu terlepas pandang hal ini.
Terima kasih adik aku,
Muhamad Farhan Bin Hasrin

Inspirasi

Kau lemah
Kau kurang bermaya
Kau lembut

Tapi jangan dipandang enteng

Kau teguh
Kau tekad
Kau lebih kuat dari mana mana lelaki

Ujian demi ujian kau tempuh

Kau perempuan
Aku lelaki
Tapi aku amat mengagumi kau.

Thursday, October 14, 2010

Cereka Itu.

Kasut Vans.
Seluar Edwin pendek dipotong.
Baju All Shall Perish.
Menjadi pilihan aku.

Langkah kiri dari rumah.

Hutan batu bermacam cerita.
Kenderaan bergerak perlahan sibuk.
Manusia berbagai arah.
Dan aku rasa terperuk.

Aku duduk tersandar.
Memandang sekeliling.

Mencari cerita cerita.
Namun aku tidak perlukan penyampai cerita.
Tengok kan sahaja.
Rambut sama sama hitam sahaja.

Manusia.
Macam macam cerita.
Aku bermonolog seketika.
Akhirnya ia jadi cereka.

Wednesday, October 13, 2010

Terdengar

Riuh riuh di rumah.
Aku cari ketenangan yang mungkin lemah.

Terdampar dalam bilik.
Situasi sekeliling seperti pelik.

Tiba tiba aku dengar,

'Kau bagi diri kau senang dulu,baru kau senangkan orang lain'
Itu kata kata adik aku,Muhamad Farhan.
Pesanan untuk adik aku yang lain.

Monday, October 11, 2010

Tukang Bina

Tahniah kerana membuat dunia ini seperti pentas.
Bila tirai dilabuhkan,kita akan lenyap dalam tepukan.
Biarkan ia menjadi satu adegan mengerikan untuk selamanya.
Untuk selamanya.

Kemenangan itu memiliki banyak wajah.
Cuma ada satu yang akan memutuskan.
Kemenangan itumemiliki banyaki wajah.
Hanya ada satu yang Ilahi.
Kita boleh cuba dan melarikan diri.
Tapi nasib ini telah ditetapkan kepada kita.
Aku tidak pernah meragui kematian.
Tidak pernah meragui kematian.

Pandang ke langit .
Harapkan sebarang bentuk karut.
Telan apa yang kau pikir betul.
Sebuah skrip menyedihkan yang ditulis oleh nenek moyang kita.

Jika ada harapan untuk jiwa ini.
Aku akan pulang semula.
Dan aku telah melihat ke luar tembok ini.
Bawalah aku pulang.
Aku telah membuka mata aku.
Dan tak ada sisa untukku.

Jadi bagaimana kalau itu semua penipuan?
Mana ia akan pergi dari sini?


Thursday, October 7, 2010

Aturan.

'Woi kau !'
'Ye saya.'

'Berambus dari sini !'
'Tapi kenapa?'

'Kau itu sampah.Tangan kau itu penuh dosa.'
'Tapi itu semua dulu.Sekarang tidak lagi.'

'Ah ! Kau jangan hendak banyak berdalih.Berambus kau dari sini !'
'Tapi saya sudah berubah.Saya sudah taubat.Saya takkan buat sejarah lama saya lagi.Berilah saya peluang.'

'Aku kata berambus,kau berambus lah ! Sebelum aku pecahkan kepala kau bangsat,baik kau berambus.'
'Tapi itu semua dulu.Semuanya kisah lama.Saya bukan macam dahulu lagi.'

Berlalu lah dia dengan hampa.
Di bahu masih dibebani kesalahan.
Tidak diberi peluang dan masih dihukum.
Dihukum oleh hakim hakim masyarakat yang bijaksana dan arif.

Itu masyarakat kita.Masing masing adil dan saksama,itu kata mereka.

Wednesday, October 6, 2010

Si Dia

Dia senyum.
Dia tawa.
Dia menjeling.
Dia merenung.

Cantik.Membuat aku terpaku.
Lembut.Membuat aku kaget.

Aku kaku.
Aku terpukau.
Aku monolog.
Aku dilambung.

Aku tidak tahu berkata kata.
Tapi hanya mampu merenung sekata.

Aku ingin kau tahu
yang aku akan selalu memerlukanmu.
Untuk aku imagin kau selalu.
Selalu ada dengan aku.
Hadir dalam mimpi mimpi ku.

Rentang kerana kau tiada.
Rinduku menebal di jiwa.
Rentang kerana kau tiada.
Farah Wahida,aku rindukanmu.