Tuesday, August 17, 2010

Lama.


"Malam pesta muda mudi
 Bertemasya dan menari
 Suka ria dalam hati."


Antara bait bait yang terlintas di kepala. 
Kenangan kepada retro Malaya.
Rancak.Bertenaga.Muda mudi.

Baju petak petak.
Seluar yankee.
Rambut remos.
Irama twist.
Ramuan utama aku.
Tema malam.

Senyuman terukir.Hati girang.
Gaya lama menjadi hidup.
Untuk muda mudi seperti aku.

Aku hendak bergaya seperti orang lama.
Jangan kau hendak tanya mengapa.

Kaki diputar putar.
Irama twist.
Badan digoncang goncang.
Nyanyi puitis.

La la la la la la.
Hidupkan jiwa.
Semua masalah aku sewa.
Sebentar.Hanya untuk sebentar.

Senyuman terukir lagi.
Kerana dapat melayan hati.
Mungkin tak berhenti henti.
Seperti hidup dalam filem Do Re Mi.

Tiba tiba 
Yaw yaw.Whats up? Hip Hop yaw.

Pergi mati.
Aku nak menjadi P.Ramlee
Untuk sebentar.

Lari lari.
Kita jadi muda mudi.
Malam ini.







No comments:

Post a Comment