Saturday, August 7, 2010

Kau Bangsat !

Rokok Winston Light disedut memenuhi ruang paru paru hitam.Aku melangkah masuk ke Pusat Rekreasi atau nama popular,pusat snuker.Mencari kelibat kenalan kenalan yang baru kenal.
Kelihatan mereka di sana,sedang cuba menghasilkan permainan snuker yang cantik seninya.
Dan berjaya aku agak.Kemudian,kenalan tersebut membuka mulut.
"diorang ni nak beromen pun kat sini ke.tak reti cari tempat lain"
Aku hairan dengan kata kata kenalan.Mata melilau mencari bernas kata kata kenalan.
Oh! Aku sangka kan jauh.Hanya beberapa langkah kaki sahaja dari aku.
Kelihatan kelibat beberapa barua yang cuba meratah beberapa perempuan yang lain di situ.
Barua buas.Perempuan menolak menjerit halus tewas.
Bodoh! Hanya perkataan yang terlintas di kepala aku.

Aku ingin memaki dan menumbuk barua tersebut.Namun aku hanya orang luar yang memasuki kampung orang.Aku ibarat kambing mengembek liar di kandang harimau sahaja nanti.
Aku pandang simpati perempuan tersebut.Tapi berubah.
Bodoh! Perempuan perempuan tersebut.Mengikut barua barua tersebut.

Barua dan perempuan.
Kau bodoh.Kau tiada maruah.Kau bangsat!
Aku tidak marahkan perbuatan kau.Itu urusan kau dan Yang Esa.Aku hanya marahkan keputusan kau.
Kenapa menjadi bangsat di tempat terbuka?Kenapa?
Tiada tempat tersorok lain?
Kau rosakkan nama bangsa aku.
Kau cemarkan impressi aku.
Kau minta diludah.Kau memang tiada maruah.
Kau bodoh.Kau bangsat.

Kenalan berkata lagi,sambil meneruskan permainan nya.
"ni tak sekolah punya orang ni"
Aku angguk dan senyum.Mengiyakan.

Barua dan perempuan.
Kelibat kau.Aku sudah penat.
Kau bangsat!

No comments:

Post a Comment