Seseorang bertanya,
"Kenapa kau tak pernah tulis dalam blog kau dalam bahasa Inggeris?"
Aku hanya senyum sahaja meninggalkan pertanyaan.
Kesemua subjek yang diajar kepada aku sekarang adalah dalam
Bahasa Inggeris.Dan,tiada satu subjek pun yang diajar dalam
Bahasa Melayu.
Laman laman sosial aku yang lain pun,aku banyak menggunakan
Bahasa Rojak sahaja.Adunan Inggeris dan Melayu.
Tatabahasa,kosa kata dan sebagainya dalam Bahasa Melayu hanya
diajar kepada aku sehingga lah aku tamat SPM.
Aku orang Melayu.
Sijil surat beranak aku pun menyatakan aku bangsa Melayu.
Bahasa Melayu adalah lambang kepada aku.
Hanya di ruang blog ini sahaja aku boleh membuat tulisan dalam
Bahasa Melayu untuk masa ini.Mungkin tatabahasa aku dalam Bahasa
Melayu sekarang ini pun agak sedikit tunggang langgang.Tapi ini
sahaja caranya.
Aku bukan menidakkan Bahasa Inggeris.Bahasa tersebut juga masih
lagi penting.Dalam pendidikan dan kerjaya.
Cuma aku lebih selesa untuk menggunakan Bahasa Melayu di sini.
Memetik kata kata seseorang,
"Aku junjung Bahasa Melayu,aku kendong Bahasa Inggeris"
No comments:
Post a Comment