Wednesday, December 8, 2010

Kebebasan


Baru baru ini di kampus aku seakan ada satu ayat yang semakin menjadi popular iaitu
"it's my liberty to....." atau dalam bahasa Melayu nya,
"itu kebebasan aku untuk....."
Aku mengerti dengan persekitaran aku di mana aku dikelilingi oleh pelajar pelajar asasi undang undang yang aku nampak lantang bersuara tentang kebenaran dan hak masing masing.

Tapi ada beberapa kejadian di mana bila aku menegur tentang sesuatu yang tidak kena,aku dibalas dengan ayat yang menjengkelkan, iaitu "it's my liberty to..."

Aku faham setiap individu mempunyai kebebasan masing masing,tapi rasanya ia patut disesuaikan dengan kondisi komuniti atau orang sekeliling.

Jadi,apabila anda atau anda melakukan sesuatu perkara,jika ia tidak memberi kesan atau menjengkelkan mana mana pihak dan dalam masa yang sama ia menjadi kebebasan individu,ia langsung tidak memberikan sebarang masalah.

Di sini,aku hanya ingin memberikan luahan aku tentang sesuatu yang seakan trend di kalangan rakan rakan kursus aku ini.Sila gunakan kepandaian anda sebelum menggunakan ayat tersebut.Jangan buat orang sekeliling rasa seperti hendak ludah bila dengar ayat tersebut.

"it's my liberty to..." - gunakan kebebasan tersebut sambil disesuaikan dengan keselesaan orang sekeliling.Jangan jadi bodoh tidak bertempat.

"Boleh jangan nyanyi tak? Suara kau buat aku sakit kepala"
"It's my liberty to sing a song"
Nah jari tengah diangkat untuk kau punya liberty !

No comments:

Post a Comment