Dendangan lagu 'Godzilla' dari 'We Butter the Bread With Butter' menerjah telinga aku.
Aku tersentak.Mata aku yang dibawa jalan jalan oleh sunyi tiba tiba ditegur rakus dengan lagu tersebut.
Rupa nya bunyi dari handphone aku.Tertera 'one new message'.
Hati aku menyumpah.Barua Maxis hantar mesej bangun tidur aku.
Jam ditatap.10.48 am.
Jumaat.Cuti.
Aku berusaha menyambung tidur semula.Tapi gagal.
Aku bangun mencari rokok sebatang yang aku tinggalkan semalam.
Aku disegarkan dengan asap Winston.
Kaki dipaksa rayau.Aktiviti wajib tiap tiap pagi.
Kononnya senaman pengganti jogging.
Aku balik semula ke bilik.Tiba tiba teringat dompet aku.
Aku melilau mencari.Tiada.Tiada juga.Pun tiada.
Kemudian nafas lega ditarik.
Aku buka dompet aku dan satu kejutan yang mungkin sejak sekian
sudah menunggu aku menyapa.
Beberapa helai not Ringgit Malaysia yang agak besar nilai nya telah
dicuri atau mungkin juga diculik.Keluh.
Aku perlukan duit tersebut untuk tiket balik raya kelak.
Juga untuk beberapa tujuan lain yang penting.
Aku hanya nampak warna hitam.Tiada lagi putih seperti mula mula bangkit.
"celaka,tunggu la aku da bayar semua dulu,baru la kau nak curi.tak pun ambik duit
yang jadi belanja aku.bukan keperluan aku.celaka"
Aku mencari teman teman.Untuk dibuat tempat mengadu.
Mengadu tentang teman yang lagi satu.Yang menjadi barua mengambil duit aku.
Aku berjumpa Yusof Mohamed Salleh yang mungkin boleh menjadi kaunselor aku.Mungkin.
Nasihat yang aku terima agak bernas.
"Lain kali hang letak nota dalam wallet tu.CURI DUIT BELANJA AKU JE.YANG DUIT TIKET JANGAN CURI.Takde la susah nanti"
Barua.Haru aku.
Pagi pagi sudah sial.
![]() |
Mujur dompet dan lighter tidak hilang sama. Barua kau pencuri. Kau sudah bagi merah. Nanti aku jumpakan kau dengan padah. |
sian doh, aku pun tumpg simpati.
ReplyDeleteeh jgn tumpang simpati.tumapang rasa benci kat pencuri tu sudah :)
ReplyDeletehaha sudh pasti ;)
ReplyDelete