Hujung minggu,aku seperti biasa.
Melakukan kerja sambilan yang aku sudah lama buat semenjak di bangku sekolah lagi.
Menjadi katerer untuk apa apa majlis.
Majlis yang perlu aku uruskan adalah majlis aqiqah dan cukur jambul.
Setibanya aku di rumah tuan punya majlis,kelihatan rumah umpama
istana,besar.Kereta kereta mewah.
"Kaya orang ini" aku bermonolog.
Aku tidak mampu hendak beli rumah berharga RM 3 juta.
Aku tidak mampu memiliki kereta Nissan GTR.
Cemburu timbul.
Tiba tiba,tuan rumah maklumkan sesuatu.
Dia terpaksa menukar majlis aqiqah itu kepada majlis doa selamat.
Ibunya sedang kritikal di hospital.
Mukanya terserlah kerisauan.
Tiba tiba,aku tersedar sesuatu.
Tuan rumah ini memang berpangkat Tan Sri.
Memang kaya.
Tapi sekaya kaya dia,dia masih sama seperti aku.
Takut KEHILANGAN yang tersayang.
Ingat Tan Sri,kita sama sahaja.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesama :)
ReplyDelete